Wednesday, 17 October 2012

Gelak Ohh Menangis


So hari ni kat sekolah ada exam final year. And seperti biasa semua year 6 akan turun dewan lepass habis mase rehat . Then pasang telinga ape yg cikgu cakap .
Then time tengah tengok movie yg cikgu  pasang , Mimi ni bangang pergi geletek kaki aku . walaupun berstokin tapi dah aku ni sensitiv tetap rase geli . Then bile dia da tau kelemahan aku , dia dengan bahangang nye pergi pggil member dia. Dahhh semua skali bahangang -...-

Bile aku da tak dapat lari dia geletek aku sampai terbaring.. memang takleh bangun dah sebab dah lemah .. aku taktau nape aku ni sensitip sangadd -....-

Lepas kena kerja ngan dorang-2 yg bahangang tuh selame 10 minit kott  if i not wrong *buad muke minah bajed speaking* , aku menangis kat situ jugak .. yang pelik aku takleh berhenti gelak .. yang Mimi sekali lagi dengan bahangang nye cakap aku kena rasuk . Seriously beb , tak leh berhenti , nak gelakk je , tapi menangis . 

So kat situ lha aku faham makna 'gelak sampai menangis' . Aku ingat ayat tuh hanya rekaan je but bila dah kena sendiri aku rase cam ...... APE KENA NGAN AKU ?!



Sampai bustop aku menangis . But syukur lha sebab ayah aku yg jemput dari sekolah , kalau takk memang aku taktau nak letak muka aku ni kate mane bila dalam bas nanti -......-'

Dengan mata merah and hidung merah cam badut , aku cakap kat ayah aku " tadi tolong acik kantin potong bawang" . hehe xD

otak dah blurr baru lepas menangis.. ehh,  'gelak sambil menangis' lha bukan menangis.  mesti lha blurr gila! haih... 

kbai . nak tidur berdengkur. if nak join sila ambil nombor ye xD


Assalamualaikum! :D 




Tuesday, 2 October 2012

15 Fakta Tentang Aku :D

Hey .. heyyy .... heyyyy!! hey wale wale :D Assalamualaikum! lama tak update. *banyak post cuma malu nak tekan publish*

Jadi hari ni aku nak share fakta-fikti-fuktu tentang aku :DD harap korang bole terima . peace! so bersedia lah!!

  1. Aku suka Jin Akanishi.
  2. Aku tak tau kenapa aku sukakan Jin.
  3. Suka tangkap gambar makanan yang akan aku makan walaupun hanya roti bakar.
  4. Aku suka tampal poster kat dinding bilik aku.
  5. Aku tak minat Kpop #fact!#
  6. Aku tak suka Kpop. ehh dah cakap kan tadi?
  7. Aku suka nyanyi 'rap' but tak pandai.
  8. Suka online tapi taktau nak buat apa lepas tu.
  9. Aku tengah online sekarang ni.
  10. Yela , kalau aku tak online takkan aku bole buat post ni. hoho~
  11. Aku suka habiskan duit beli kasut yang 'woot wottt' and style .
  12. Malas basuh kasut sekolah.
  13. Tiap sabtu and ahad aku bangun tidur tengahari.
  14. Orang tak percaya yang aku single.
  15. Suka bermati-matian untuk tolong kawan yang dalam kesusahan.
  16. Walaupun terseksa nak tolong kawan asalkan aku dapat tolong die.
  17. Ada paham?
  18. Aku rasa dah terlebih nombor ni.
  19. Stop!
  20. Ehh , degil betul nombor ni taknak berhenti.

Okay sekian post untuk hari ni . Assalamualaikum :D






Ohh katil ku sedang memanggil ~ (─‿‿─) ~

Wednesday, 26 September 2012

Waaaaargh sabtuuuu! xDDD

Skrang ni pukol 12:17 malam. So hari ni ari jumaat. Esok? SABTU. Sepatutnya hari esok adalah hari yg menyeronokkan sebab ada jamuan hari raye kat sekolah. I think nak buat video our moment together-gether memandangkan rmai yg akan pindah ke sekolah asrama penuh. BUT the problem is,  esok nak pakai baju apakahh? Aku call the makcik-2 lodeh iaitu Ayed, Milly, Aqish sampai kedit dah nazak.  Tapi haram suma tak angkat! Sadis!

So aku text Balqis, Fara, and yang ade dalam senarai contact aku but still dorang x reply! Warghhhhh!!!

Aku ade perangai yg pelik iaitu....

*Kalau kira math, 8 + 2 aku akan kira sepuluh kali sebab takut salah kira. [ xnak jadi cuai]

*suka wat hal sendiri dlm klas sampai takde kawan.

*walaupun dah dengar taklimat, tapi aku still nak tanya org sebab takot salah dengar apa yang cikgu cakap and mnggelabah bila terlepas satu patah prkataan yg cikgu cakap. [org naik muak dah pon ngan sikap aku]

Haa wehh. Da pukul 12:31 malam ni. Kbabaiiii. Aku nk makan sesenyap kat dapur =)

Tuesday, 4 September 2012

I Have A Scary Eye. OMG!

Assalamualaikum!
*tok tokk* ada orang takk? kami datang nak beraya!
Selamat hari raya semua ! :)
 

Nampak dok tajuk? 'I Have A Scary Eye. OMG!' 
hampa tau dok awat aku boh tajuk lagu tu? 
'OMG' tuh hampa bayangkan lha konon nya Nur Feetri yang habaq xD
lorhh kejam nya aku! hampa pelik dok awat aku cakap lagu ni? haaaaa... meh sini aku nak mai habaq sat. aku baru ja balik dari Penang (kg ayah) .. penyebab semua ni pabila aku dah masok air kat situ.. banyak sangat saudara mara datang situ.. semua loghat utara . aku pon dah terikot-2 . mueheheee
okay change to KL language.
.
.
.
sejak nak dekat UPSR ni , aku taktau kenapa aku mandi tak basah , tidur tak lena. macam sekarang? hari ni 4/9/2012. exam 11/9/2012. korang cube kekire. berapa hari agaknya? HAH!
Ramai member aku habaq , "kau tak payah risau.. UPSR bukan penting pon.. PMR and SPM tuh yg mesti ada dalam genggaman!"
aiseh! hang gila ka? aku anak tunggal , susah untuk ku meninggalkan sekolah rendah ku pada hari terakhir dengan keputusan yang gagal! HakkPtuih! tapi serius aku cakap la.. memang aku tidur tak lena! mata aku ni dah jadi macam Mamee Monster dah -.-'  *Takk serious mata aku scary!*
nampak? begitu lah! tiap hari aku tak boleh tidoq . bila aku Online pukul 2 3 pagi terjadilah macam situasi di atas. aku study memang study , tapi 2 3 jam ja sehari. lagi-2 subjek Math. fuihhhhhh  , memang aku menggeletar lha! awat hang gelak? ya lhaaa , aku baru UPSR ..  aku anak tunggal , mesti lha kena pegang segulung sijil perberhentian sekolah yang tercatat

"Nur Hazirah bt. Shahrin : 5A"

Haa! tak ke bangga?! Im 12 y'old so if i get '5A' , i can tell one world. "hey you , you and you! i got 5 A , weee weeeee!!! xD''
L.O.L. xDDDDD

and pabila dah tak lena , bila pagi mesti sadis punya lha! *uihh! memang sadis!*
and kalau aku dapat mencecahkan kaki ke sekolah , komfem ......

Kelas Math:
SADIS LHA BANGANGGGG!!! xDDDD
cikgu aku tuh sekali naik hangin , ribut satu kelas! kami semua memang hormat cikgu tuh lha.. tapi sape kate aku tak suke cikgu math aku? suka lha! just takut jaaa -.-'
k Dahhh. dah pukul 12:03 malam. aku try nak tidoq awal. 

Assalamualaikum! :D

Sunday, 5 August 2012

selamat hari raya?

Aku post direct dari phone. aku buat ni pon sebab bosan dok nunggu lauk tak sampai-2..
so aku nak sentuh sikit tentang raya. islam mengajar kita untuk bersopan santun, berbudi bahasa dan berkelakuan baik.. tapi di bulan puasa ni pun ada yang dah tak boleh kawal nafsu dripada makan.  apatah lagi Raya? mesti ada ramai yg tak boleh kawal diri right? aku pon kadang-2 bengang jugak dengan org yg takde adab ni.. Raya bukan bermakna kita dah lepas dari menahan makan dan minum, tapi ada lagi satu cabaran yg kita kena tempuhi..
bagi kita minta maaf tuh perkara biasa dan senang untuk diucapkan. tapi sanggupkah kita meminta maaf tntg dosa-2 kita selama ini dan meminta maaf dengan org yg sekian lama kita bermusuh? dengan ibu bapa kita? dan sanggupkah kita menebus kembali apa yg kita buat dulu? NO, bukan sekadar itu saje.. kita juga perlulah beribadah dan menghormati sesama umat sepanjang bulan ramadhan dan syawal ini.
So so selamat hari raya!!! Maaf zahir batin. Kosong-2 yaa =)

Thursday, 2 August 2012

Siapa kata seronok jadi anak tunggal?

Siapa kataa? aku sebagai anak tunggal aku tau rasa nye. Bukan senang.. memang kita tau yang kebanyakkan anak tunggal ni seronok , dapat apa yg kita nak , mak ayah sayang kita bagaikan menatang minyak yang penuh *betul ke istilah aku ni?*.

Tapi ada jugak kelemahannya.. membuatkan kita rasa macam tak senang .. kita kena berusaha . belajar rajin-2. sebab apa? sebab kitalah satu-satunya harapan mak ayah kita.. kalau kita hampakan dorang? tak ke kita jugakk sedihh? kan? menyesal tak sudah kau!

Pastu kena pandai jaga hati mak ayah.. bukan senang! kalau dapatnya mak yang garang cam ibu tiri dari planet pluto abad ke 81 , tak ke mampos kita kena kerja kan? Tapi sape yang dapat mak yang 'awesome' , aku pun jelez! (Y)

Lagi satu , kita ni kalau terlalu manja , tak boleh jugakk.. punca manja ni disebab kan kita.. and mak ayah kita jugakk..  walaupun kita ni pandai , tokoh murid or else , kita still kena kawal.. sebab manja berlebihan ni lha yang membuat kan kita senang ber'emosi'.. contohnya ayah korang tegur korang sebab ni kononnya korang berkawan dengan budak social , and dia kawan baik korang sendiri , tapi ayah korang just tegur dengan cara lembut sebab anak manja dikatakan.. tapi baru tegur dah benci lhaa , da touching.. touching dia bukan biasa tau! luar biasa! aku sebagai anak tunggal ni pun tahu ! *walaupun aku tak terlalu manja*

Ni je lah aku tau. sebab aku ni selalu duduk umah.. tak happy-2 pon .. hurmm .. malang kan ?
kbye.. assalammualaikum~

Yang mana satu?

Suatu misteri yang membuat kan aku penuh dengan rasa ingin tahu! Ia muncul secara tiba-2 setelah peristiwa di IKBN , Hulu Langat. 
.
.
.
.
.
.
Dimana Hanis telah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                .
                .
kena sergah dengan aku and terkejut like this --> 
MUAHAHAHA!! sorry ekk , dalam blog ni takde benda yang serius akan dipaparkan. Topik kali ni 'Yang Mana Satu?'. Tahu tak apa benda yang aku tengah kompius sekarang? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Muka Hanis Bila Marah.
Yang mana satu?

Perkara ni membuat kan aku ingin tahu apakah reaksi dia bila marah/mengamok? hurm... ni sedikit SUSPEK-2 muka yang aku syak muka dia lhaa.. haha.. lihat di bawah.
adakah camni?
adakah camni?
adakah camni?
adakah camni?
adakah camni?
adakah camni?
adakah camni?

itulah antara suspek-2 aku yang direman xD


But , chill keyh? jangan baran sangat. Bukan untuk Hanis , tapi untukkk semua yang ber'panas baran'.
cer korang tengok mereka ni..  Just enjoy your life.. tak payah sebok-2 .. just relax walaupun hanya satu hari. kan? cuba relax macam minah ni..
okay , bye!



Assalamualaikum!



Segala Gambaq Di Songlap Dari Pakcik Google.
(speechless)

Saturday, 26 May 2012

Animation's :D

Hye!
seperti tajuk , aku nk share animation!
suke tak suke tak ?
ohohoo~
okay fine aku mengaku aku sakit pada hari ni ,
andddddd.........................................................................................

Friday, 3 February 2012

Petua dan Tips Agar Suara Merdu

Suara yang merdu dan sedap didengar selalunya dimiliki oleh para qari(qariah), penyanyi, dj radio serta mereka yang menggunakan suara sebagai sumber pendapatan. Kita yang mendengar bacaan, nyanyian ataupun celoteh mereka pasti terpesona atau terhibur. Walaupun kekadang kita sendiri pun tak mengenali wajah mereka, kan?


Tapi agak-agak andalah, bagaimana mereka ni dapat memiliki suara yang begitu merdu?


Adakah memang suara mereka tu sedap secara semulajadi ataupun mereka pandai menjaga suara?


Kalau dah sedap secara semulajadi, itu merupakan kelebihan yang telah dikurniakan kepada merekalah. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tiada kelebihan tersebut?


Sebenarnya, anda boleh melatih suara ataupun mengamalkan petua tertentu untuk memerdukan suara. Salah satu cara melatih suara ialah dengan menjerit di dalam bekas yang berisi air. Setahu saya, cara ini selalu diamalkan oleh para qari dan qariah.


Manakala antara tips menjaga suara lain yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita adalah;

1. Banyak meminum air suam atau air mineral.

2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya.

3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.

4. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh, boleh meminum teh pudina sebagai ganti. :)

5. Begitu juga dengan coklat. Kalau boleh kurangkan pengambilannya sama ada coklat untuk dimakan mahupun minuman yang mengandungi coklat.

gambar uncang teh, kopi segera dan coklat


6. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.

7. Mengamalkan minum air asam jawa buatan sendiri.

8. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.

contoh gambar makanan berminyak


9. Tidak merokok.


Baiklah, sekarang akan kongsikan satu petua untuk mendapatkan suara yang merdu atau sedap. Caranya begini;


1. Anda sediakan dua biji limau nipis.

2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.

3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.

4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.


gambar limau nipis, sedikit kapur dan garam


5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.

6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.


Anda boleh mengamalkan meminum campuran bahan-bahan di atas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, suara anda akan lebih sedap. Selain itu, petua di atas ni dapat menjaga, memelihara serta mengekalkan kemerduan suara anda.




Selamat Mencuba!


Sumber