Sunday 24 November 2013

Memelihara lemak

Hai hai assalamualaikum. Haha rasa awkward pulak sebab dah lama tak ber-blogging. Bila type rasa macam "weh betul ke apa aku buat ni hahahah". Aku pun taktau kenapa lol. Oh btw , aku letak title ni since aku dan Hanis just having a 'bodoh gila' conversation on wechat then aku tak boleh lupakan . Cuti sekolah dah start dan semua mesti happy kan? I'd just noticed yang kebanyakkan budak2 sekolah setiap tahun will "omg omg omg cuti sekolah cuti sekolah best nyerrrrrr!" . Well...... aku rasa bosan gila. Don't you guys ever feel want to go back to school bcs it was so bored during school holiday? Like , seriously? So bored and you'll do nothing for 2 months. Hah? Tak pernah ke hahhhh? Kalau tak pernah aku kasi tabik spring punyaaa.

Aku tak pernah nak merungut bila terasa bosan or penat untuk bersekolah lagi. Contoh , ada satu bulan ni kononnya bulan Julai. Cikgu A ni bagi projek dan Cikgu B ni bagi projek dan Cikgu C ni pun bagi projek. Then date yang kena hantar the project is different but dekat2. So korang macam terkejar2 nak siapkan mana satu dulu , nak kena hantar mana dulu dengan schedule yang agak ketat. Tak kisah lah individual or group ia masih susah. Nampak sangat serabut kan? Hah! Itu yang aku stress gila sampai badmood taknak makan taknak mandi apa semua. Dalam kesengsaraan memikul beban sepertimana memikul 2 buah lori , aku gagahkan juga. Tapi , memujuk cikgu untuk menangguhkan tarikh yang perlu dihantar adalah wajib.

"Cikgu cikgu cikgu cikgu. Cikgu comel hari ni. Boleh tak kasi kelonggaran? Kami menghadapi masa yang sukar dan terpaksa melakukan pelbagai perkara. Kami memang dilanda kesibukkan melampau , cikgu. Boleh eh cikgu eh? Boleh eh cikgu? Cikgu eh cikgu eh eh comel eh cikgu eh? Alolo macam comel je macam comel je"

Pujuk cikgu kemain lagi. Bab mengayat cikgu aku lah orang nya ha ha ha. *flips hair* tak perlu skema sangat kuuuutt. Tapi kalau cikgu tolak pujukan tu , balik rumah masuk bilik yang gelap duduk di penjuru bilik aku bukak buku 'Senarai Cikgu Paling Aku Tak Suka' atau shortform 'SCPATS' pastu tulis nama cikgu tu dalam buku dengan penuh kebencian. Kalau cikgu tu 'comeyy' sangat pergi tolak pujukan kedua, confirm masuk 'Top 10 most $!$€&#&'#^;# teachers' . Hahaha gurau ja. Apa lah ampa semua ni ingat aku ni betui2 buat ka? Takdak lah aku gurau ja pun tapi kalau ampa nk buat lagu tu boleh ja . *poker face*

Aku suka bila dah November , dimana semua form 5 sedang bertungkus lumus di dewan perang. Yang cikgu bagi sekolah a few je. 6 kelas je yang bersekolah antara 21 kelas. So keadaan sekolah teramat amat sunyi. Lagi2 sekolah yang besar gedabak memang mphh! Bila korg bercakap bergema suara satu sekolah sampai ke pelusuk2 benua suara korang boleh dengar. Macam tenanggggg je kan kan kan? Memang DAEBAK! Sekolah aku dekat dengan bukit so bila kat tingkat 4 , bila tengah lalu kat laluan yang sunyi..... dengan angin sepoi2 bahasa.... terasa macam drama. Dimana seorang puteri yang cantik sedang menantikan kehadiran seorang putera untuk datang menyelamatkan sang puteri yang merasa dikhianati dan kebuntuan. Cehh... aku suka keadaan macam tu. Sunyi dan tenang. Hah nampak sangat aku ni dramatik. Oh by the way , panggilan aku dikalangan akak2 abang2 form 2 ialah "Drama Queen". Sebab? Sebab aku suka goyang2 kepala konon2 aku tengah kibas2 rambut yang basah setelah puas bermandi manda di pantai. Kadang2 bila aku jatuh , and aku injured , aku akan acted "oh goodbye my frewnssss , my school and my country. I'll be missing youuuu...." ha ha ha. Faham tak? Tak faham kan. Takpe aku dah biasa bcs imma dramah queenzaaaassss.

Bila dah start cuti sekolah rasa sayuuuu je nak tinggalkan sekolah. Tak dapat happy2 dengan member... memang emo gila. Pastu bila dah sampai rumah baru terasa kosong. Baru terasa menyesal tak buat betul2 masa exam. Baru terasa menyesal tak belajar betul2. Lastly yang paling emo , bila azam tahun ni tak tercapai. Huwaaaaaa cedeh nyer ittew. Pastu kurung diri dalam bilik dalam masa yang agak lama. Makan minum makan minum . Inilah memelihara lemak. Tapi makan minum pun masih dalam bilik. Tiba2 hati terasa ingin melihat dunia luar. Bila bukak je pintu terus diserang tanda tanya. "Aku kat tahun berapa ni?". Tiba2 ada makhluk tanya. "Akak , akak ni rare lah. Akak dari mana?" Kita pun jawab "akak dari rumah. Hari ni hari apa?". Makhluk tu pun jawab "hari ni hari Selasa tahun 2973" . Hah kau.

Hahah aku rasa aku merepek je. Ok bye.

Friday 20 September 2013

Trip to Vietnam . Day 1. [DISCONTINUED]

Hai , Assalamualaikum. :3

Hari ni aku nak share pengalaman aku di Vietnam selama 2 hari 2 malam ! Semua tahukan Vietnam. Btw , aku ikut private tour ni dengan 5 orang dewasa termasuk mak dan nenek aku and 3 kanak-kanak termasuk aku. Okay meh sini aku share sejarah sikit. Vietnam ialah negara paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan. Dengan bilangan penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13 teramai penduduknya di dunia.

Republik Sosialis Vietnam ialah sebuah negeri satu parti. Kemerdekaan diiktiraf pada tahun 1954 walaubagaimanapun satu perlembagaan negara baru diluluskan pada April 1992, Vietnam ni tak berapa maju lagi dan masih dalam proses menaik taraf kemajuan negara. Negara dorang baru bebas dari jajahan pengganas. So pls be proud to be Malaysian !

Okay jom sambung pengalaman aku.

23/3/2013 - Sabtu

Pukul 5 kami dah sampai KLIA. Ntah pukul berapa masa tu kami berlepas. Penerbangan mengambil masa 15-30 minit je and pramugari MAS cantik okay haha tergoda I.

Pukul 9 malam sampai Tan Son Nhat International Airport terus tak bermaya. Maklumlah tengah malam kan letih-letih badan. Tapi seumur hidup aku , aku memang suka gila lah dekat makanan yang disediakan dalam flight . Setakat ni makanan dorang memang UMPH!! Tiap kali naik flight perkara yang aku sabar is MAKAN.

Bila kat airport tu , kitorang pun melilau lah cari travel agent yang akan guide kitorang. Nama dia Dominic from POTO travel. Boleh berbahasa melayu tapi tak lancar. Jenis suka tersengih sampai rasa nak baling kasut pun ada. Ringan tulang jugalah. Apa2 pun , still the best lah sebab dia mesra and dia sabar je jaga dua budak kecil yang macam-macam kerenah. "Uncle ! Nak swim kat sungai boleh?" "Tak boleh. Ada buaya!"

Bila dah masuk van rasa nak tidur je. Tiba-tiba dorang kata nak pergi dinner. Terus bersemangat ! Tak banyak dapat snap malam tu sebab semua busy mengunyah krap krup krappp . Pintu gerbang restoran tu seboleh-bolehnya dia nak letak bendera Malaysia yang sebesar-besar alam ! So semua lauk mestilah Malaysian Style baby ! Pernah masuk dalam jalan-jalan cari makan. Dia punya owner mualaf and seorang chef daripada Malaysia !

Kangkung , ayam goreng , telur dadar , paru goreng & kari ikan. Tapi kari dia tak se-ori Malaysia maa!




Itu adalah gambar terakhir yang aku snap pada hari itu. Esok pagi more adventure ! To be continue to the next post !

Tata !

NOTE : THIS POST ARE DISCONTINUED DUE TO MY PC's HARDISK INFECTED BY SOME *^&*(^*&() VIRUSES. gdi


Sunday 9 June 2013

Blog sudah gila

Hai , Assalamualaikummm~ :3

Blog aku dah pelik. Semua hitam T.T   . Punca masih tak tau.

Masa first aku buka blog aku , masih okay. Header , gambar semua still cun. Tapi lepas beberapa hari dah start buat hal. Header takde , gambar kat sesetengah post hilang. Tergamam juga lah T.T

Sekarang aku dah baiki dan ubah la theme , layout & advanced kat blog aku ni.  Tapi tak boleh nak comel2 , gempak2 & colorful macam dulu lagi . Haiyaaa. Manyak sedih maa ! *ketuk dahi guna hammer*

Terlalu simple. Header pun tak boleh men-transparent-kan background dia. So kalau korg nampak , header aku tuh beckground dia warna hitam. Wuuu~ Dah takde feel nak gila2 . T.T

Takpe lah , nak buat macamne. 'Simple is better' kan ? Redha je la T.T

Some of the post aku dah revert as draft . Sebab post tersebut ialah post bergambar dan gambor nyo dah takdooo T.T

K . Actually saje buang masa. HOHO.








































Bye.

Saturday 18 May 2013

Delete!

Hai , Assalamualaikum!

Aku demam hari ni. Selsema , batuk , pening. Badan bahang giloss! Macam dalam oven.

So hari ni Sabtu , macam biasa aku lepak kat ofis mak . Ada air cond, wifi lajuuu. Wahh sungguh nikmat kate kooo! :3  . Nak di jadikan cerito , aku belek2 youtube. Pastu ada jumpa satu video tentang dosa wanita mendedahkan aurat kat laman2 sosial. Tangan aku mengatakan "Jangan lihat video ituuu wahai Hazirohhh!!!" tapi jauh di dalam sudut hatiku membisik " Wei , tengok la video tu bongokk :'3"

Aku pun klik video tercebut. Off kan volume sebab lagu dia sungguh menyodehkan.

Aku tengok video tu ternganga okay. Pelbagai makhluk kecil yang di kenali sebagai kuman dari pelbagai kaum dan bangsa telah memasuki ke dalam mulut ku. Aww! *tetibe*

Video tu menceritakan pasal penutupan aurat kita dan segala-gala gambar yang kita upload , adakah ia menutupi aurat dengan sepenuhnya ?

Dari pemerhatian aku , ramai wanita sekarang memakai tudung kerana fesyen . Sekurang-kurangnya dia menutup auratnya. Itu tak kisah la. HMMM. Walaupun memakai tudung , adakah ia menutupi aurat kita dengan sepenuhnya ?

Contohnya bergambar dngan baju t-shrt berlengan pendek . Tudung yg menampakkan lehar atau tengkuk. Baju yang menampakkan bentuk badan (kecuali atas sebab2 tertentu)

Aurat yang dilihat oleh org yg bukan mahram dan berlainan jantina dengan kita adalah haram. Ia akan bertambah 2 kali ganda haram dan dosanya jika aurat kita itu di dedahkan secara sengaja. Tiada istilah "TERdedah secara sengaja"

Orang yang beriman , bertaqwa , akan delete balik gambar yang terdapat aurat di dalamnya.

Kalau islam , jangan islam pada nama. Islam lah pada hati. Baru jiwa dan rohani tenang dan tenteram! Sesungguhnya orang yang mendedahkan aurat nya dengan sengaja adalah orang yang kurang siuman! Ingat tu! KURANG siuman.

So , check2 balik lah gambar2 yang korang dah upload tu. Mana tahuuuu dengan membuangnya hidup kita lepas ni makin lancar dan di redhai oleh Allah S.W.T.

Ok cukup aku membebel sampai sini. Peace No War ! Assalamualaikum ! :)

Monday 6 May 2013

Peace & Harmony .

Hi , Assalamualaikum :D

Semalam , mak and ayah pergi mengundi. Aku hanya duduk kat rumah santai-2 gituuu. Macam biasa, aku online . Aku subscribe Shaika Nadwa youtube channel. And dia upload video baru "Peace and Harmony"

Lagu yang dinyanyikan tu walawehh sodap and meaningful. Entah mengapa tiba-2 hatiku mulai jatuh cintan terhadap lagu tersebut. Then aku read the description . Ada nama and tajuk lagu tu.

Aku dok kalut cari . So thennnn i found it.


He is bruneian artist. Kalau tak silap , he's 11 y/old lahh. So talented. Unique voice.

So then , i'll share the lyrics here. Btw , fyi the song already be my blog's main music. TEEHEE

I wrote this lyrics by my own okehhhhhh.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Peace and Harmony ' by Aziz Harun
Written by Aziz Harun & Rahim Harun
Composed by Aziz Harun
Produces by Adi rani & Nafee Rahim
A product from Projectunes Records


-----------------------------------------------------------

Are you going to lie to the world again ?
Saying the war has just end ?
Behind those doors and those people
You say to me..
To end this war
We just need PEACE and HARMONY

We can save lives times a million
What we're doing kills a billion
Create a new Civil-Eyes-ation
With This action you shall

Sing out the melodies
hummmmm the harmonies
Every body can do this its easy
To change the world
All we need is PEACE and HARMONY

Our new generation takes society
One by one unecessairly
All the ethnic groups are erased but i 
... i still stand here in my place

Chorus*
Sing out the melodies
hummmmm the harmonies
Every body can do this its easy
To change the world
All we need is PEACE and HARMONY


You never know
Never know
What we'll happen
Will they stop loving
Send this message in need
All we nees is PEACE and HARMONY

Chorus*
Sing out the melodies
hummmmm the harmonies
Every body can do this its easy
To change the world
All we need is PEACE and HARMONY
----------------------------------------------------------------





























Bye.