Friday, 20 September 2013

Trip to Vietnam . Day 1. [DISCONTINUED]

Hai , Assalamualaikum. :3

Hari ni aku nak share pengalaman aku di Vietnam selama 2 hari 2 malam ! Semua tahukan Vietnam. Btw , aku ikut private tour ni dengan 5 orang dewasa termasuk mak dan nenek aku and 3 kanak-kanak termasuk aku. Okay meh sini aku share sejarah sikit. Vietnam ialah negara paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan. Dengan bilangan penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13 teramai penduduknya di dunia.

Republik Sosialis Vietnam ialah sebuah negeri satu parti. Kemerdekaan diiktiraf pada tahun 1954 walaubagaimanapun satu perlembagaan negara baru diluluskan pada April 1992, Vietnam ni tak berapa maju lagi dan masih dalam proses menaik taraf kemajuan negara. Negara dorang baru bebas dari jajahan pengganas. So pls be proud to be Malaysian !

Okay jom sambung pengalaman aku.

23/3/2013 - Sabtu

Pukul 5 kami dah sampai KLIA. Ntah pukul berapa masa tu kami berlepas. Penerbangan mengambil masa 15-30 minit je and pramugari MAS cantik okay haha tergoda I.

Pukul 9 malam sampai Tan Son Nhat International Airport terus tak bermaya. Maklumlah tengah malam kan letih-letih badan. Tapi seumur hidup aku , aku memang suka gila lah dekat makanan yang disediakan dalam flight . Setakat ni makanan dorang memang UMPH!! Tiap kali naik flight perkara yang aku sabar is MAKAN.

Bila kat airport tu , kitorang pun melilau lah cari travel agent yang akan guide kitorang. Nama dia Dominic from POTO travel. Boleh berbahasa melayu tapi tak lancar. Jenis suka tersengih sampai rasa nak baling kasut pun ada. Ringan tulang jugalah. Apa2 pun , still the best lah sebab dia mesra and dia sabar je jaga dua budak kecil yang macam-macam kerenah. "Uncle ! Nak swim kat sungai boleh?" "Tak boleh. Ada buaya!"

Bila dah masuk van rasa nak tidur je. Tiba-tiba dorang kata nak pergi dinner. Terus bersemangat ! Tak banyak dapat snap malam tu sebab semua busy mengunyah krap krup krappp . Pintu gerbang restoran tu seboleh-bolehnya dia nak letak bendera Malaysia yang sebesar-besar alam ! So semua lauk mestilah Malaysian Style baby ! Pernah masuk dalam jalan-jalan cari makan. Dia punya owner mualaf and seorang chef daripada Malaysia !

Kangkung , ayam goreng , telur dadar , paru goreng & kari ikan. Tapi kari dia tak se-ori Malaysia maa!




Itu adalah gambar terakhir yang aku snap pada hari itu. Esok pagi more adventure ! To be continue to the next post !

Tata !

NOTE : THIS POST ARE DISCONTINUED DUE TO MY PC's HARDISK INFECTED BY SOME *^&*(^*&() VIRUSES. gdi


No comments:

Post a Comment