Friday, 29 March 2013

Jangan putus asa

Hai , Assalamualaikum. :)

Taktau nak start camne. Tapi tapi tapi , entri ni pasal 'Teman' . Teman , ia lebih kepada 'Kawan' . Semua orang ada kawan. Orang yang mental pun ada kawan yg teman dia tiap hari cari kutu orang. Semua orang ada kawan. SEMUA. Kalau korang tetibe terasa 'lonely' , bukak la mata sebesar-besar nya. Ada yang sudi berkawan dengan kita. Ada yang sudi temankan kita.

Walau pun kita ada tabiat pelik macam curik barang orang , makan bunga jiran , gigit kuku orang or yang lain2, mesti ada seseorang yang akan simpati dengan kita. Kadang-kadang kita tak perlukan simpati dari orang lain, kita hanya perlukan teman. Tapi, di sebalik simpati itu , terdapat seribu satu alasan yang membuatkan orang tuh , sudi berteman dengan kita, sudi berkawan dengan kita dan segala2nya mereka sudi dengan kita.

Semua orang ada kelemahan dan kelebihan. Semua orang pandang pada kelemahan kita. Tak kira lah kelemahan yang kita itu apa, pasti ada orang yang tak puas hati dengan kita. Benci kita. Dengki dengan kita dan lain2. Kita tahu semuanya disebabkan kelemahan kita. Semua orang ada memori dan kisah silam yang tak dapat dilupakan atau sedang mencuba untuk melupakannya. Kita selalu salah kan diri kita kerana kelemahan kita. Maka kita selalu cari , apakah kelebihan kita ? Untuk orang pandang kita, dengan kelebihan kita ?

Kadang-kadang kita tak suka dengan kelemahan kita. Tapi sedarkah kita, orang yang berhati mulia dan setia, hanya melihat pada kelemahan kita. Jadi , jangan salahkan kelemahan diri sendiri. Semuanya ada hikmah. Hanya Yang Maha Esa lebih mengetahui. Dia yang menentukan.

Benci diri sendiri ? Putus cinta membuatkan kita sunyi ? Macam2 soalan yang berlegar di fikiran kita sementara otak kita masih lagi mencari jawapan yang sesuai. Jawapan itu bergantung pada diri kita juga. Salah kita beri jawapan , hidup kita sia-sia. Jangan salah kan diri sendiri. Kita semua di uji. Setiap minit, setiap saat , setiap detik , kita di uji.

Jangan salah kan apa-apa. Contohnya, kita salahkan 'couple' iaitu bercinta. Disebabkan bercinta, hidup kita selalu merana. TAK. BUKAN macam tu. bercinta adalah hak masing2. Ia adalah perbuatan yang 'connected' dengan perasaan. Dua benda itu adalah berbeza. Dan ia sangat sangat sangat sangat sensitif, Tapi , jika kita nak kejayaan , tak perlu lah bercinta jika usia masih muda. Bukan tujukan pada sesiapa , kadang2 takdir seseorang , bercinta adalah diri dia. kehidupan dia. Maka, dia mesti teruskan hidup dengan cara yang dia sendiri .

Okay, aku dah penat type tanpa henti. Apa-apa soalan , boleh tanya di sini : -

ASK.FM
FACEBOOK.COM
TWITTER.COM

Bukan mahu mempromote , tapi jika seseorang inginkan bantuan , apa salahnya? Assalamualaikum! :3

No comments:

Post a Comment